Laman Web Satu Juta Ringgit

Contact: Sitti Rahima

Iklankan jenama,mesej,produk dan servis anda di muka hadapan Laman Web Satu Juta Ringgit. Miliki Secebis Sejarah Internet!


RM 0

pledge of RM 20,000 goal

30 April 2019 29 June 2019

0
backers

Project Summary

Jadi Sebahagian Dari Sejarah Internet!
 
Saya Radzee. Seorang usahawan,arkitek sistem dan kontraktor IT bebas. Pada tahun 2005 pengiklanan piksel (pixels advertising) telah menjadi medium pengiklanan dan hangat diperbualkan di media elektronik dan tradisonal.Tidak dinafikan ramai juga yang menyusul meniru konsep asal sekitar dan selepas jangkamasa tersebut.
 
Bagaimana saya terfikir mahu ketengahkan idea ini lagi? Secara jujur dan ringkas adalah kerana saya berfikir 'Kenapa Tidak'. Semasa sedang berfikir untuk idea-idea perniagaan yang lain selain menunggu 'next big project'. Terlintas di fikiran saya untuk memulakan website pengiklanan piksel ini.

Dari penilaian tentang pasaran tempatan yang menunjukkan amat ramai usahawan yang berniaga di online dan juga beriklan saya berasa amat 'kena' atau tepat waktunya jikalau konsep pengiklanan piksel ini dibuka kepada usahawan tempatan (mungkin juga bagi jiran dekat) bagi bersama-sama melakar atau mengulangi sejarah pengiklanan digital. Jadi saya ambil keputusan untuk memulakan laman web ini.

Laman Utama - Home Page Laman Web Satu Juta Ringgit

 

Dengan serendah RM100 pengiklan dapat meletakkan jenama dan pautan (link) ke laman sesawang pilihan mereka.

Website ini akan berada di internet sekurang-kurangnya 5 tahun. Ini bererti kos pengiklanan serendah RM1.70 sebulan.

Laman utama atau homepage nya terdiri daripada 1000x1000 grid piksel yang mempunyai jumlah satu juta piksel. Pautan imej dijual pada RM1 setiap piksel dalam blok10x10 piksel.
 
Pembeli piksel diberi ruang untuk meletakkan imej kecil diatas blok piksel,satu URL untuk dipautkan kepada imej itu dan satu slogan untuk dipamerkan apabila kursor tetikus (mouse cursor) dilalukan diatas pautan tersebut.

Contoh seperti gambar dibawah:-

Untuk menjadikan misi ini lebih mudah tercapai saya berharap untuk mendapat pendukung (pledger) dari komuniti PitchIN. Sila tonton video penerangan di atas untuk lebih penerangan tentang "benefit" / "uniqe selling point" piksel iklan.

Bagaimana Anda Dapat Membantu

Sumbangan / Pembelian saudara/saudari akan digunakan seperti di bawah.

1. Kewangan

RM20000 pada peringkat permulaan untuk:-

1.1. Pemasaran RM10,000.00

Menempatkan jenama "lamanwebsatujutaringgit","Laman Web Satu Juta Ringgit",slogan "Miliki Secebis Sejarah Internet!" di media massa dan media sosial dengan lebih mudah dan cepat menjadikan lamanwebsatujutaringgit.com mendapatkan lebih perhatian. Termasuk kos-kos untuk menampung kerja menyediakan write up,liputan media, isi kandungan dan video

1.2.1. Teknikal RM5,000.00

Kos Teknikal: Hosting dan programming

1.3. Modal Insan RM5,000.00

Pembiayaan modal insan yang berkaitan untuk merealisasikan objektif website ini.

Semua pembiayaan ini boleh dibuat terus dari pembelian piksel (lihat perkara No. 2 Pembelian PIksel) atau melalui PitchIN.

2. Pembelian Piksel

Pembelian piksel dari saya akan memberi impak untuk pitch saya ke segmen dan saluran saya yang lain serta (impak untuk anda juga bila saya tambahkan pengunjung ke lamanwebsatujutaringgit.com imej pilihan terpampang di muka hadapan)

Pembelian piksel juga akan mendukung hasrat kami untuk mencipta sejarah laman web yang menjual satu juta piksel dari Malaysia.

3. Kenalkan kepada saluran/rakan-rakan

Jika tidak dapat membuat sumbangan dan belian pada masa ini. Saya berharap anda dapat buat pengenalan kepada saluran serta rakan-rakan anda. Untuk writeup/penulisan saudari saudari boleh email saya untuk saya sediakan ataupun boleh buat sendiri dengan harapan yang baik-baik belaka :) . Di laman web itu juga terdapat link untuk kongsikan website itu di facebook anda.

Miliki Secebis Sejarah Internet!

Sila hubungi saya di:-

Email: [email protected]

Twitter: https://twitter.com/radzee_ar

Instagram: https://instagram.com/radzee.ar

Ikuti perkembangan Laman Web Satu Juta Ringgit di:-

Facebook: https://www.facebook.com/lamanwebsatujutaringgit.com

Instagram: https://instagram.com/lamanwebsatujutaringgit

Terima Kasih!

 

 

 

 

JIka Tidak dapat RM20000 Dari Inisiatif Ini

Saya akan teruskan menjual piksel di Laman Web Satu Juta Ringgit dengan harapan semua terjual atau pulang pulang modal untuk tampung kos minima(5 tahun atas talian)
 

Sehingga hari ini 01 Mei 2019. 800 piksel sudah dimiliki. Baki 999,200 piksel untuk dijual.

There's no comment for this project at the moment. Be the first!

No backers yet. Be the first!

Rewards

  •  
    0 backers

    No rewards. I just want to contribute.

  • RM 10

    0 backers

    Jika anda menyokong kami dengan RM10

    1. Ucapan Terima Kasih
    2. Nama pilihan anda di blog Laman Web Satu Juta Ringgit

    Unlimited slots

  • RM 90

    0 backers

    JIka anda menyokong kami dengan RM90

    1. Ucapan Terima Kasih
    2. Nama pilihan anda di blog Laman Web Satu Juta Ringgit
    3. 100 piksel Laman Web Satu Juta Ringgit untuk letakkan imej anda dan "link" ke website pilihan anda

    Unlimited slots

  • RM 170

    0 backers

    JIka anda menyokong kami dengan RM170

    1. Ucapan Terima Kasih
    2. Nama pilihan anda di blog Laman Web Satu Juta Ringgit
    3. 200 piksel Laman Web Satu Juta Ringgit untuk letakkan imej anda dan "link" ke website pilihan anda

    Unlimited slots

  • RM 350

    0 backers

    JIka anda menyokong kami dengan RM350

    1. Ucapan Terima Kasih
    2. Nama pilihan anda di blog Laman Web Satu Juta Ringgit
    3. 400 piksel Laman Web Satu Juta Ringgit untuk letakkan imej anda dan "link" ke website pilihan anda

    Unlimited slots

  • RM 540

    0 backers

    JIka anda menyokong kami dengan RM540

    1. Ucapan Terima Kasih
    2. Nama pilihan anda di blog Laman Web Satu Juta Ringgit
    3. 600 piksel Laman Web Satu Juta Ringgit untuk letakkan imej anda dan "link" ke website pilihan anda

    Unlimited slots