TABUNG PENDIDIKAN KANAK-KANAK MELALUI SENI TEATER

Contact: Mohamad Izzuddin Hamdan

Mengumpul dana pendidikan kanak-kanak susah dan membantu ekonomi ibu bapa mereka melalui penjualan hasil seni teater


RM 557

pledge of RM 3,000 goal

1 April 2021 31 August 2021

9
backers

Project Summary

RINGKASAN PROJEK

Projek TEATER ASAR (Akademi Seni Ahmadrashidi) diilhamkan oleh Prof Ahmadrashidi dengan 5 matlamat ringkas

  1. Tidak mahu anak-anak dan remaja membuat perkara yang sia-sia dan aktiviti yang membahayakan (seperti basikal lajak atau pengaruh dadah)
     
  2. Melatih membina sahsiah diri dan keyakinan diri melalui ekpressi teater 
     
  3. Menghargai ilmu dan semangat setiakawan
     
  4. Memberi peluang dan bantuan untuk anak-anak TEATER ASAR menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi buat anak-anak yang menyertai teater
     
  5. Membantu ekonomi para ibu bapa anak TEATER ASAR

KENAPA TEATER ASAR?

Membesar di kawasan luar bandar, ada anak-anak yang tergolong dalam keluarga susah. Akibat desakan ekonomi...

  • Ada yang tidak berminat untuk sambung belajar
     
  • Ada yang lebih selesa bekerja selepas habis sekolah
     
  • Ada juga yang cenderung melakukan aktiviti yang membahayakan diri sendiri dan masa depan mereka.

SOLUSI : TEATER ASAR

Melalui pengalaman dalam bidang karya seni dan persembahan serta bantuan daripada sekumpulan ibu bapa yang prihatin kami melakukan pementasan teater sebagai solusi untuk merapatkan jurang pendidikan yang ingin kami capai. 

CABARAN

Melatih anak-anak TEATER ASAR dan juga mendapat kerjasama daripada para ibu bapa untuk komited dalam perancangan teater bukan perkara yang mudah. 

Pada mulanya kami bergerak tanpa sebarang modal, hanya semangat Ibu bapa yang ingin melihat anak-anak berjaya sahaja yang menggerakkan teater ini. 

Alhamdulillah, setelah usaha kami dipandang, kami berjaya mengumpul dana sedikit demi sedikit sehingga berjaya melakukan pementasan kami yang pertama pada penghujung tahun 2019


APA YANG KAMI PERLUKAN

Setelah 3 pementasan telah berjaya kami lakukan pada penghujung tahun 2019, kami sedari untuk mencapai objektif di atas kami memerlukan sokongan kewangan untuk mempromosikan aktiviti teater kanak-kanak kami sepanjang tahun 2021.

RM5,000 diperlukan untuk mempromosikan 3-5 teater yang dijadualkan berlansung pada :-

TEATER TARIKH
Tele Teater Tanjong (Youtube)

27 -28 Mei 2021*

Teater Tanjong di Encore Melaka

7 - 8 Ogos 2021*

Teater Si Bongkok Tanjong Puteri

27 - 28 November 2021*

Teater Tanjong di Istana Budaya (dalam proses)

-

Teater Tanjong anjuran Unesco (dalam proses)

-

*Perubahan tarikh pementasan bergantung kepada situasi semasa PKP dan covid 19

Daripada pihak ibu bapa dan juga anak-anak TEATER ASAR, sokongan ini amat bernilai kerana secara tidak langsung, bukan sahaja anda membantu mempromosikan aktiviti TEATER ASAR anda juga turut menyumbang kepada pendidikan anak-anak ASAR dan juga ekonomi para ibu bapa yang terlibat.

TUNJUKKAN TANDA SOKONGAN

Sekiranya anda tidak mampu menyumbang tidak mengapa, sebarkan sahaja aktiviti teater yang kami lakukan kepada kenalan anda dan ikuti kami di sosial media.

Berikut merupakan senarai sosial media yang kami ada :-

Jangan lupa untuk ikuti / follow @ like kami di FB Page official kami

>>> https://www.facebook.com/TeaterAsarN9

Alhamdulillah RM350 terkumpul

Terima kasih atas sumbangan dan sokongan anda semua. 



BARISAN PELAKON KANAK-KANAK, REMAJA DAN PARA IBU BAPA

Pelakon kami hanya terdiri daripada komuniti ibu bapa dan anak-anak sahaja. Ibu bapa memberi sokongan moral buat anak-anak untuk terlibat sama dalam lakonan teater. 

Saksikan trailer teater tanjong kami dan laju OST teater tanjong ðŸ˜Š

There's no comment for this project at the moment. Be the first!

Rewards

  •  
    3 backers

    No rewards. I just want to contribute.

  • RM 15

    0 backers

    + Nama penyumbang di dalam website rasmi Teater Asar
    + Credit nama penyumbang di dalam video dan buku teater
    + Nota Digital 'Terima Kasih' daripada Kelab Teater Asar melalui email @ FB Page

    Estimated Delivery : 30/03/2020

    Unlimited slots

  • RM 50

    4 backers

    + Nama penyumbang di dalam website rasmi Teater Asar
    + Credit nama penyumbang di dalam video dan buku teater
    + Nota Digital 'Terima Kasih' daripada Kelab Teater Asar melalui email @ FB Page
    + Free akses tayangan perdana Tele Teater Tanjong

    Estimated Delivery : 15/05/2021

    Unlimited slots

  • RM 100

    2 backers

    + Nama penyumbang di dalam website rasmi Teater Asar
    + Credit nama penyumbang di dalam video dan buku teater
    + Nota Digital 'Terima Kasih' daripada Kelab Teater Asar melalui email @ FB Page
    + Free akses tayangan perdana Tele Teater Tanjong
    + Buku Skrip Teater Tanjong di tanda tangan oleh Pengarah

    Estimated Delivery : 15/05/2021

    Unlimited slots

  • RM 1,000

    0 backers

    + Nama penyumbang di dalam website rasmi Teater Asar
    + Credit nama penyumbang di dalam video dan buku teater
    + Nota Digital 'Terima Kasih' daripada Kelab Teater Asar melalui email @ FB Page
    + Free akses tayangan perdana Tele Teater Tanjong
    + Tiket percuma teater untuk 2 orang
    + Buku 'Hard Cover' Skrip Teater Tanjong di tanda tangan oleh Pengarah

    Estimated Delivery : 15/05/2021

    Unlimited slots